AKTIVITI TERKINI YANG MELIBATKAN PEJABAT DAERAH SARATOK

..........................................................................................................

Monday, April 26, 2010

MAJLIS MAKAN AMAL ANJURAN RELA SUNGAI ENGKABANG ROBAN


Roban- Satu majlis makan malam anjuran RELA Sungai Engkabang, Roban, telah di adakan pada10hb April 2010 bertempat di Dewan Masyarakat Roban.
Tetamu jemputan pada majlis itu ialah, YB Tuan Hj Abd. Wahab BinAziz, Menteri Muda Perumahan & Pembangunan Bandar, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar negeri Sarawak. Hadir sama ialah wakil Pengarah RELA Neger Lt. Kol (Rela) En Mahmudin, Lt Kol(Rela) En yakup, Mejar Rela (Kehormat) SAO Suhandi Bin Tugiman, Kapt.(Rela) En Maxwell Melaka, selaku Pengerusi Penganjur serta beberapa orang ketua masyarakat daerah kecil Roban.
Dalam ucapan YB, beliau telah menyarankan agar semua anggota Rela dapat membantu pasukan keselamatan dalam membenteras jenayah, masalah PATI, dan jenayah-jenayah kecil. Beliau dengan murah hati meluluskan gran berjumlah RM10,000.00 dan meminta dua buah rumah panjang dari Metong dan Sg Ruan, turut serta menjadi anggota pasukan RELA Sg Engkabang. Di samping itu beliau juga telah mengumumkan akan menyelesaikan masalah penyambungan api letrik ke kawasan rumah panjang Sg Engkabang.
Sebelum ucapan YB Menteri, Lt Kol En Mahmuddin dan Kapt. Maxwell juga telah menyapaikan ucapan masing-masing. En Maxwell telah merakamkan ucapan terima kasih kepada YB kerana sudi datang dan ucapan terima kasih juga di tujukanya kepada semua penderma-penderma yang sudi membeli meja pada malam itu. En Mahmudin juga melahirkan rasa bangga nya diatas usaha RELA Sg. Engkabang dapat menganjurkan aktiviti menjana dana.
Majlis berakhir kira-kira jam 11:45 malam dengan dendangan nyanyian dan tarian ngajat dari anggota rumah panjang Sg Engkabang. YB juga telah menyampaikan sebuah nyanyian P.Ramli.

Sumber: SAO Suhandi Tugiman, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban

No comments:

Post a Comment