AKTIVITI TERKINI YANG MELIBATKAN PEJABAT DAERAH SARATOK

..........................................................................................................

Sunday, September 27, 2009

Selamat Hari Raya 2009

Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung Blog Pejabat Daerah Saratok. Untuk aktiviti semasa Hari Raya, Yang Berhormat Tuan Jelaing, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia dan YB Datuk Peter Nyarok, Menteri Muda Pertanian (Perladangan & Koperasi) Sarawak bersama Pegawai daerah Saratok dan SAO Di Saratok dan Kabong serta Roban telah mgngadakan kunjungan sempena hari raya ketiga kepada ketua-ketua masyarakat di Daerah Saratok. Di antara gambar peristiwa berkenaan adalah :
YB Tuan Jelaing dan YB Datuk Peter Nyarok
Penghulu Garan bersama Pemangku SAO Kabong dan Isteri YB Tuan Jelaing
Turut serta dalam rombongan ialah Wakil PDRM dan SAO Micheal
Turut kelihatan Setiausaha Sulit kanan Kepada YB Tuan Jelaingrumah Penghulu Rambi
Bergambar kenag-kenangan

kehausan ni...
Perkhidmatan di Jalanan oleh Yang Berhormat Tuan Jelaing

oklah untuk rekod.. banyak lagi peristiwa bergambar..

Wednesday, September 16, 2009

Penyampaian Cek Saguhati MPOB kepada Penduduk Kampung Empelam

Pada 15 September 2009, satu majlis penyampaian Cek Saguhati kepada penduduk kampung Empelam oleh MPOB telah diadakan di Daerah Saratok. Majlis ini telah di sempurnakan oleh YN En Abdul Wahab Aziz ADUN N.33 Kalaka. Diantara peristiwa bergambar adalah seperti berikut:

Ketibaan Yang Berhormat

Para Penerima daripada Kampung Empelam
Salah seorang penerima

Salah seorang penerima cek..
Dengar kata cek bernilai Rm4k seorang...
oklah.. setakat tu untuk kali ini.

Thursday, September 10, 2009

Penyertaan AKKMS 2009 Pejabat Daerah Saratok

Pada 9 September 2009 yang lepas, Pejabat Daerah Saratok telah mengikuti ceramah penyertaan Anugerah Kualiti Ketua Menteri Sarawak (AKKMS) 2009 yang telah di adakan bertempat di Hotel TanahMas Sibu.

Seperti mana tahun lepas Pejabat Daerah Saratok juga akan menyertai Anugerah ini. Pada tahun ini target pejabat Daerah Saratok ialah dalam 10 terbaik daripada keseluruhan 32 Pejabat Daerah di seluruh Sarawak.
taklimat AKKMS 2009
peserta taklimat yang hadir..

Semoga azam dan kerjasama semua pihak dapat menjayakan penyertaan Pejabat Daerah Saratok untuk kali yang ke-2 ini.
Sekian..

Tuesday, September 8, 2009

Mesyuarat Pengelolaan Pesta Air Sungai Krian

Pada 4 September 2009 yang lalu, satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pesta Air Sungai Krian telah di adakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok Yang Baharu.

Mesyuarat ini telah menubuhkan beberapa jawatankuasa kecil bagi megelolakan Pesta Air Sungai Krian yang akan di jadualkan pada 31 Oktober 2009 dan 1 November 2009 iaitu selama 2 hari..

Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan pada masa berkenaan disamping acara kemuncak lumba perahu di sungai krian.

Julung kalinya Saratok juga akan mengadakan SARATOK FEST yang dijangka menarik ramai pelancong ke Daerah Saratok..

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Peter Nyarok, Menteri Muda Pertanian (Perladangan & Koperasi ) Sarawak
ahli mesyuarat

ahli mesyuarat pada masa berkenaan..
Selepas mesyuarat berkenaan, satu majlis berbuka puasa telah di adakan yang juga dihadiri oleh YB Datuk Peter Nyarok dan juga Tuan Residen Bahagian Betong.
sekian..



PERLANCARAN LOGO PENGHARGAAN UNTUK BERKHIDMAT BAHAGIAN BETONG

Pada 17 Ogos 2009 yang lalu, satu majlis perlancaran logo penghargaan untuk berkhidmat di bahagian betong telah di adakan di perkarangan Komplek Kerajaan Negeri Bahagian Betong..
Di antara gambar peristiwa berkenaan adalah seperti berikut:
YB Datuk Peter Nyarok sedang menanti ketibaan YB Datuk Patinggi..
YB En Abdul Aziz
Ketibaan YB Datuk Patinggi Timbalan Ketua Menteri Sarawak
VVIP semasa pelancaran berkenaan (YB Tuan Jelaing, YB Datuk Mohd Morshidi Ghani, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Ak Numpang, Tuan Residen Betong dan Datuk Peter Nyarok)
kenamaan lain dan ketua jabatan..
Ucapan YB Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
Ucapan perasmian daripada YB Datuk Patinggi Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Simbolik pelancaran
Pelancaran..
Orang ramai yang terdiri daripada rakyat sekitar Bahagian Betong..

Sebagai tanda pelancaran juga YB Datuk Patinggi juga telah melekatkan Logo berkenaan kepada Yang Berhormat Tempatan yang mewakili ADUN Dan Parlimen serta Daerah masing-masing..

YB Datuk Patinggi melekatkan Logo Penghargaan Untuk Berkhidmat Kepada YB Datuk Peter Nyarok Selaku ADUN N.34 Krian iaitu Menteri Muda Pertanian (Perladangan & Koperasi) Sarawak
Logo untuk YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia selaku Ahli Parlimen P.205 Saratok
Logo untuk YB En. Abdul Aziz selaku ADUN N.33 Kalaka
Untuk Pegawai Daerah Saratok
Dan seterusnya adalah lawatan VVIP ke pameran yang di adakan oleh pelbagai agensi di Bahagian Betong sempena majlis berkenaan..


Sekian sahaja...
selamat bertugas warga Bahagian Betong..