AKTIVITI TERKINI YANG MELIBATKAN PEJABAT DAERAH SARATOK

..........................................................................................................

Monday, February 8, 2010

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Belang Ensawa

SARATOK- 5 Febuari 2010, Satu majlis pemimpin bersama rakyat telah di adakan di Rh Belang Ensawa Krian Saratok. Dalam majlis tersebut diadakan majlis penyerahan Mini Estate Getah kepada pemilik tanah dan juga perjanjian MOU di antara Kilang Getah dengan penduduk. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Peter Nyarok selaku Menteri Muda Pertanian (Perladangan & Koperasi) Sarawak dan juga YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Diantara peristiwa bergambar adalah seperti berikut:

Ketibaan YB Datuk Peter Nyarok dan YB Tuan Jelaing Mersat

Miring..


Adat..Panjab

VVIP dan ketua jabatan yang turut hadir pada majlis berkenaan
En. Paul Egai Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak
Ucapan daripada YB Tuan Jelaing, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Peter Nyarok
Acara Gimik Perlancaran...
Penyerahan Mini Estate kepada Peserta (Diwakili oleh Tr Belang)
Perjanjian MOU diantara peserta dengan Kilang Getah Guang Ken.
Setakat ini sahaja untuk kali ini.

Wednesday, February 3, 2010

SARATOK- 31 Januari 2010, Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Tn Haji Abdul Wahab Aziz melahirkan rasa bangga terhadap keputusan cemerlang SMK Agama Sri Aman (ASAS) dalam peperiksaan tahun 2009 dan mendapat tempat pertama bagi Sekolah Menengah di seluruh Bahagian Betong.
Ketibaan YB Menteri Muda..
Perbincangan Dengan YDP PIBG SMKAS Saratok..

Menurut beliau bukan sahaja pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar sendiri yang berbangga jika mendapat keputusan yang cemerlang malahan pemimpin (beliau) juga akan turut berbangga.
Beliau yang juga ADUN N.33 Kalaka menjelaskan bahawa pelajar, ibu bapa dan guru perlu berganding bahu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan menjadikan ia sebagai teras perjuangan.
VVIP semasa majlis berkenaan..
Selain itu, beliau juga menyeru agar ibu bapa sentiasa memberikan dorongan dan motivasi kepada anak-anak supaya mereka sentiasa berdaya saing dalam pelajaran di sekolah dan bersemangat untuk maju.

Tambahnya lagi, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pendidikan demi memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan dan mendapat pendidikan sewajarnya.
Selain itu, beliau juga berharap agar masyarakat sentiasa menyokong program-program ilmu dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu.

Beliau yang juga Penaung PIBG SMK ASAS turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM25,000 untuk PIBG sekolah tersebut.

Penyampaian Anugerah oleh YDP PIBG

Persembahan dari pelajar SMKASS

Pada majlis tersebut beliau telah menyampaikan Anugerah Pelajar Harapan 2009 kepada Mohamad Zulkanain b. Sedi dan Nor Adilah Sabeni, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2009 iaitu Siti Atikah Abdullah yang telah mendapat 9A, (lima orang mendapat 8A, 9 orang 7A dan 4 orang 6A) Anugerah Permata Pintar (Nur Azmina Bedian) , Anugerah Khas Program Nilam (Noradila Hamry) Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang Ko-kurikulum 2009, Anugerah Hal Ehwal Murid 2009, Anugerah Pelajar Cemerlang seluruh Tingkatan, dan Anugerah Cemerlang mengikut Mata Pelajaran.

Hadir sama ialah Pengetua Kanan SMK ASAS, Haji Mahusain Haji Ismail, YDP PIBG, Sani Mentaril dan Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Daud Mohamad dan wakil Pegawai Daerah Saratok , SAO Laga.