AKTIVITI TERKINI YANG MELIBATKAN PEJABAT DAERAH SARATOK

..........................................................................................................

Tuesday, March 31, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI PEJABAT DAERAH SARATOK

Visi

MERELIASASIKAN PEJABAT DAERAH SARATOK SEBAGAI PEMAJU PEMBANGUNAN GUNATANAH YANG PROGRESSIF DAN DINAMIK UNTUK MENINGKATKAN TAHAP SOSIO-EKONOMI DAERAH SARATOK

Misi

MENGFOKUSKAN PROGRAM PEMBANGUNAN GUNATANAH DAN TUMPUAN PENANAMAN KELAPA SAWIT DI SAMPING AKTIVITI PERTANIAN YANG LAIN DI SERTAI PROGRAM PEMBANGUNAN INSANI.


DASAR DAN OBJEKTIF KUALITI PEJABAT DAERAH SARATOK

Dasar Kualiti Pejabat Daerah Saratok adalah:"Kami percaya bahawa komitmen penuh kami terhadap penambahbaikan berterusan ke atas perkhidmatan/servis dan proses-proses kerja kami serta sentiasa mengutamakan pembangunan sumber manusia akan menjamin masa depan organisasi ini dengan memenuhi kehendak-kehendak dan ekspektasi pelanggan dan kakitangan kami secara penuh bertanggungjawab dan luhur kepada standard profesionalisme."

Objektif Kualiti Pejabat Daerah Saratok telah menentukan Objektif-Objektif Kualiti seperti di bawah :

  • Memproses permohonan seperti yang tersenarai dalam Perkhidmatan Yang Diberikan mengikut masa dan ketetapan-ketetapan yang terkandung di dalam Piagam Pelanggan;
  • Objektif Kualiti perlu meliputi usaha untuk mengurangkan aduan pelanggan.
  • Memastikan setiap kelewatan yang dapat dijangka akan dimaklum kepada pelanggan pada permulaan perkhidmatan itu dipohon dan kelewatan yang tidak dapat dijangka akan dimaklum kepada pemohon sebaik ianya dapat dikesan;
  • Melaksanakan penambahbaikan kualiti di seluruh organisasi;
  • Memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan;
  • Menghendaki komitmen penuh dari semua pegawai;
  • Melatih semua kakitangan supaya memperbaiki kecekapan dan kemahiran dalam bidang kerja masing-masing;
  • Menanam dan memupuk semangat kerjasama pada semua kakitangan;
    Menanam dan memupuk nilai-nilai dan etika kerja positif;
  • Mengwujudkan suasana kerja yang kondusif.

KETERANGAN MENGENAI DASAR KUALITI

Kami percaya bahawa setiap kakitangan memberikan komitmen penuh dan tidak berbelah dalam senantiasa memperbaiki produk atau servis yang diberikan kepada pelanggan.Produk atau servis ini hendaklah diberi secara profesional dan berteraskan nilai-nilai murni seperti: cekap, bersih, amanah, sopan santun, beradab, sabar, rajin, kemas diri, berdisiplin, komited, mesra, keprihatinan, hormat, berpengetahuan, bersikap positif, bertanggungjawab, dan proaktif.Untuk mencapai kecemerlangan dalam pengeluaran produk atau tawaran servis yang terulung kepada pelanggan, Jabatan ini menyedari dan mengakui bahawa servis yang cemerlang hanya boleh datang dari kakitangan yang cemerlang dalam semua bidang (berilmu, mahir dalam bidang kerja, beretika dan disiplin, komited penuh dan menggemari kerjayanya).


Oleh yang demikian, Pejabat Daerah Saratok mengutamakan pembangunan sumber manusia. Ia dicapai dengan menghadiri pelbagai kursus/seminar disamping mengadakan latihan secara luaran (external) mahupun dalaman (in-house). Jabatan juga memberi perhatian serius kepada keceriaan dan keindahan tempat kerja di dalam dan di luar ruang pejabat. Pejabat ini percaya semua pegawai boleh mencapai profesionalisme sekiranya mereka menjalankan tugas secara profesional dan mematuhi standard-standard yang ditetapkan oleh Jabatan. Oleh itu, Pejabat Daerah Saratok menggalakkan setiap kakitangan agar sentiasa memperbaiki diri dan memperolehi ilmu pada bila-bila masa sahaja.


Pelanggan-pelanggan pejabat ini menuntut servis yang cepat, tepat, tanpa cela, dan cost-effective. Kakitangan Pejabat pula menuntut sebuah organisasi penyayang dan prihatin yang benar-benar memelihara kepentingan mereka. Pejabat Daerah Saratok berusaha untuk mewujudkan satu perseimbangan antara keupayaan jabatan, kehendak pelanggan dan kepentingan kakitangan. Dasar Kualiti ini mencerminkan visi, misi, objektif-objektif dan perancangan-perancangan serta impian pejabat ini.Dasar Kualiti ini mampu menjadikan Pejabat Daerah Saratok sebagai sebuah organisasi yang lebih dinamik, pro-aktif, peka kepada perubahan dan mampu menjadi ejen perubahan (agent of change). Dasar dan objektif kualiti ini disampaikan kepada semua kakitangan untuk pemahaman dan pengamalan melalui saluran-saluran komunikasi dalaman pejabat mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.