AKTIVITI TERKINI YANG MELIBATKAN PEJABAT DAERAH SARATOK

..........................................................................................................

Monday, November 22, 2010

Pemimpin Bersama Rakyat

SARATOK: Satu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat telagh di adakan di Rh Anchang, Sg Muding Sebetan Saratok bertarikh 20 November 2010.
Majlis berkenaan telah di anjurkan bersama oleh Jabatan Penerangan Daerah Saratok bersama Parti SPDP Cawangan Saratok.

YB Datuk Peter Nyarok, Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Peladang & Koperasi ) Sarawak bersama Tr. Anchang..

Turut Hadir bersama YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia



Hanya untuk Rekod..

Thursday, November 4, 2010

Pesta Air Sungai Krian 2010

Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan sempena Pesta Air Sungai Krian Tahun 2010. Di antara aktiviti tersebut adalah:

1. Regatta-Lumba Perahu, Enjin Pam dan Enjin Sangkut
2. Pertandingan Pangka Gasing
3. Pertandingan Menyumpit
4. Pertandingan Tabuh Ajat Iban
5. Pertandingan KUGIRAN
6. Persembahan Malam Kebudayaan - Pentas
7. Pameran Pembangunan Agensi Kerajaan dan Majlis Betemu Pelangan
8. Mini Fun-Fair
9. Pertunjukan Bunga Api
10. Jualan Hasil Tani
11. dll.

Harap maklum dan datanglah beramai-ramai.

Pesta telah di tunda kepada 18 dan 19 November 2010

Monday, October 11, 2010

Malam Penghargaan Kepada Para Pembanci, Penyelia Banci, Penguasa Daerah Banci Daerah Saratok Tahun 2010


Khamis: 7 Okt 2010, Satu majlis penghargaan dan penyampaian sijil kepada pembanci, Penyelia Banci, Penguasa Daerah serta Penolong Pesuruhjaya banci Daerah Saratok telah dilaksanakan. Turut Hadir ke majlis berkenaan adalah Wakil Pengarah Jabatan Statistik Negeri Sarawak.
Untuk Rekod..

Sunday, October 10, 2010

Pertandingan Lagu Cina Peringkat Negeri Sarawak

SARATOK: 9.10.2010, satu pertandingan nyanyian lagu cina peringkat negeri sarawak telah di adakan padaa 9 Oktober 2010 bertempat di Dewan Masyarakat Saratok.
Majlis ini telah di rasmikan oleh YB Tuan Hj Abdul Wahab Bin Aziz, ADUN N33 Kalaka, selaku Menteri Muda Perumahan dan Pembangunan Bandar, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Sarawak

Juara Bagi Kategori Lelaki


Juara keseluruhan Pertandingan ini di menangi oleh Bahagian Miri..

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Anthony Ak Bin, Ulu Luau Saratok

Perasmian Program Pemimpin Bersama Rakyat

SARATOK: 24 Julai 2010, Rh Anthony ak Bin, Ulu Luau, Awik. Satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat telah di adakan dan di rasmikan oleh YB Datuk Peter Nyarok, Menteri Muda Pertanian (pertubuhan Peladang & Koperasi) Sarawak. turut hadir ialah YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Pengangkutan, Malaysia serta Wakil Pegawai Daerah Saratok En. Laga Kueh.

Semasa majlis tersebut, YB Datuk telah menyampaikan 25 sijil Tuai Rumah Kepada 25 orang Tuai Rumah yang baru di lantik. Dengan kesempatan itu juga YB Datuk telah menyampaikan Grant berjumlah RM 99,000.00 kepada 21 JKKK di kawasan Awik ili.

Thursday, May 6, 2010

PROGRAM INFO BESTARI di Rh Naing Temuduk, Krian

VIP yang turut hadir daripada pelbagai jabatan /agensi kerajaan

Temuduk, Rh Naing: 5 Mei 2010- Satu majlis Info Bestari telah di adakan anjuran Jabatan Penerangan Saratok. Pelbagai aktiviti telah di jalankan termasuklah ceramah keselamatan daripada pegawai BOMBA Saratok , Pameran PDRM Saratok, Kempen menderma Darah dari Jabatan Kesihatan dan Hospital Saratok. Majlis ini telah di rasmikan oleh Pegawai Penerangan Bahagian Sri Aman/ Betong, En. Saini Bojeng.


Di antara komuniti yang dapat hadir pada majlis tersebut

Monday, April 26, 2010

MAJLIS MAKAN AMAL ANJURAN RELA SUNGAI ENGKABANG ROBAN


Roban- Satu majlis makan malam anjuran RELA Sungai Engkabang, Roban, telah di adakan pada10hb April 2010 bertempat di Dewan Masyarakat Roban.
Tetamu jemputan pada majlis itu ialah, YB Tuan Hj Abd. Wahab BinAziz, Menteri Muda Perumahan & Pembangunan Bandar, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar negeri Sarawak. Hadir sama ialah wakil Pengarah RELA Neger Lt. Kol (Rela) En Mahmudin, Lt Kol(Rela) En yakup, Mejar Rela (Kehormat) SAO Suhandi Bin Tugiman, Kapt.(Rela) En Maxwell Melaka, selaku Pengerusi Penganjur serta beberapa orang ketua masyarakat daerah kecil Roban.
Dalam ucapan YB, beliau telah menyarankan agar semua anggota Rela dapat membantu pasukan keselamatan dalam membenteras jenayah, masalah PATI, dan jenayah-jenayah kecil. Beliau dengan murah hati meluluskan gran berjumlah RM10,000.00 dan meminta dua buah rumah panjang dari Metong dan Sg Ruan, turut serta menjadi anggota pasukan RELA Sg Engkabang. Di samping itu beliau juga telah mengumumkan akan menyelesaikan masalah penyambungan api letrik ke kawasan rumah panjang Sg Engkabang.
Sebelum ucapan YB Menteri, Lt Kol En Mahmuddin dan Kapt. Maxwell juga telah menyapaikan ucapan masing-masing. En Maxwell telah merakamkan ucapan terima kasih kepada YB kerana sudi datang dan ucapan terima kasih juga di tujukanya kepada semua penderma-penderma yang sudi membeli meja pada malam itu. En Mahmudin juga melahirkan rasa bangga nya diatas usaha RELA Sg. Engkabang dapat menganjurkan aktiviti menjana dana.
Majlis berakhir kira-kira jam 11:45 malam dengan dendangan nyanyian dan tarian ngajat dari anggota rumah panjang Sg Engkabang. YB juga telah menyampaikan sebuah nyanyian P.Ramli.

Sumber: SAO Suhandi Tugiman, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban

Sunday, March 7, 2010

Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Saratok

PEJABAT DAERAH SARATOK: 5 Mac 2010, Satu majlis Jasamu Dikenang iaitu majlis Perpisahan bersama Tuan Pegawai Daerah Saratok telah di adakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok. Tuan Pegawai Daerah Saratok En. Daniel Supit akan berpindah ke Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak di Kuching dan telah dinaikkan pangkat ke Gred N.52... Tahniah Tuan D.O.

Pemangku Pegawai Daerah yang baru ialah En. Julaihi Bin Kadir bermula 8 Mac 2010.

Ucapan Tuan Pegawai Daerah..yang di raikan
Ketua-ketua jabatan yang turut hadir pada majlis tersebut
Jamuan ringan
jamuan ringan
Cenderahati dari Pejabat Daerah Saratok di sampaikan oleh En Julaihi (Pem. D.O Saratok)
Cenderamata dari J.Kebajikan Daerah Saratok
Cenderahati dari Majlis Daerah Saratok
Gambar kenang-kenangan staf Pejabat Daerah Saratok..

Lawatan Perdana Menteri Ke Daerah Saratok

SARATOK: 22 Febuari 2010, Di Rumah Juliana Kamidan Jaya, Satu lawatan rasmi YAB Perdana Menteri Malaysia telah berlangsung dengan jayanya..

Orang Kuat JKR Betong dan JKR Saratok
Bergambar kenang-kenangan dengan YB..
Red karpet...menunggu ketibaan YAB
Ketibaan YAB PM



YAB Ketua Menteri Sarawak dan YAB Perdana Menteri
Ucapan aluan daripada YB Datuk Peter Nyarok, Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Perladangan & Koperasi) Sarawak
Amanat YAB Ketua Menteri Sarawak
Amanat YAB Perdana Menteri Malaysia
Jemputan yang turut hadir..
Jemputan..
Cenderahati disampaikan oleh YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia kepada YAB Perdana Menteri
Cenderahati disampaikan oleh YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia kepada YAB Ketua Menteri Sarawak

Cenderahati disampaikan oleh YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia kepada YB KKLW
Simbolik Perlancaran
YAB PM menandatangani plak perasmian
En Mos..mendengar taklimat ringkas protokol
antara orang kuat Pejabat daerah saratok..SAO Sophia dan SAO Nazari..
Tr Juliana..
Orang kuat Pejabat daerah saratok..SAO Micheal Dajie
Orang kuat Pejabat Daerah Saratok .. Pn Chindu
Orang kuat Pejabat daerah Saratok...SAO Julaihi dan SAO Rangen
Dr. Anthony dan SAO Suhandi
Rakyat di dahulukan...

Monday, February 8, 2010

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Belang Ensawa

SARATOK- 5 Febuari 2010, Satu majlis pemimpin bersama rakyat telah di adakan di Rh Belang Ensawa Krian Saratok. Dalam majlis tersebut diadakan majlis penyerahan Mini Estate Getah kepada pemilik tanah dan juga perjanjian MOU di antara Kilang Getah dengan penduduk. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Peter Nyarok selaku Menteri Muda Pertanian (Perladangan & Koperasi) Sarawak dan juga YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Diantara peristiwa bergambar adalah seperti berikut:

Ketibaan YB Datuk Peter Nyarok dan YB Tuan Jelaing Mersat

Miring..


Adat..Panjab

VVIP dan ketua jabatan yang turut hadir pada majlis berkenaan
En. Paul Egai Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak
Ucapan daripada YB Tuan Jelaing, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Peter Nyarok
Acara Gimik Perlancaran...
Penyerahan Mini Estate kepada Peserta (Diwakili oleh Tr Belang)
Perjanjian MOU diantara peserta dengan Kilang Getah Guang Ken.
Setakat ini sahaja untuk kali ini.