AKTIVITI TERKINI YANG MELIBATKAN PEJABAT DAERAH SARATOK
..........................................................................................................
Monday, February 8, 2010
Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Belang Ensawa
SARATOK- 5 Febuari 2010, Satu majlis pemimpin bersama rakyat telah di adakan di Rh Belang Ensawa Krian Saratok. Dalam majlis tersebut diadakan majlis penyerahan Mini Estate Getah kepada pemilik tanah dan juga perjanjian MOU di antara Kilang Getah dengan penduduk. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Peter Nyarok selaku Menteri Muda Pertanian (Perladangan & Koperasi) Sarawak dan juga YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Diantara peristiwa bergambar adalah seperti berikut:

Ketibaan YB Datuk Peter Nyarok dan YB Tuan Jelaing Mersat
Miring..

Adat..Panjab
VVIP dan ketua jabatan yang turut hadir pada majlis berkenaan
En. Paul Egai Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak
Ucapan daripada YB Tuan Jelaing, Timbalan Menteri Dalam Negeri
Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Peter Nyarok
Acara Gimik Perlancaran...
Penyerahan Mini Estate kepada Peserta (Diwakili oleh Tr Belang)
Perjanjian MOU diantara peserta dengan Kilang Getah Guang Ken.
Setakat ini sahaja untuk kali ini.
Wednesday, February 3, 2010
Menurut beliau bukan sahaja pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar sendiri yang berbangga jika mendapat keputusan yang cemerlang malahan pemimpin (beliau) juga akan turut berbangga.
Beliau yang juga ADUN N.33 Kalaka menjelaskan bahawa pelajar, ibu bapa dan guru perlu berganding bahu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan menjadikan ia sebagai teras perjuangan.
Tambahnya lagi, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk pendidikan demi memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan dan mendapat pendidikan sewajarnya.
Selain itu, beliau juga berharap agar masyarakat sentiasa menyokong program-program ilmu dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu.
Beliau yang juga Penaung PIBG SMK ASAS turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM25,000 untuk PIBG sekolah tersebut.
Pada majlis tersebut beliau telah menyampaikan Anugerah Pelajar Harapan 2009 kepada Mohamad Zulkanain b. Sedi dan Nor Adilah Sabeni, Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 2009 iaitu Siti Atikah Abdullah yang telah mendapat 9A, (lima orang mendapat 8A, 9 orang 7A dan 4 orang 6A) Anugerah Permata Pintar (Nur Azmina Bedian) , Anugerah Khas Program Nilam (Noradila Hamry) Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang Ko-kurikulum 2009, Anugerah Hal Ehwal Murid 2009, Anugerah Pelajar Cemerlang seluruh Tingkatan, dan Anugerah Cemerlang mengikut Mata Pelajaran.
Hadir sama ialah Pengetua Kanan SMK ASAS, Haji Mahusain Haji Ismail, YDP PIBG, Sani Mentaril dan Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Daud Mohamad dan wakil Pegawai Daerah Saratok , SAO Laga.
Sumber Berita:http://mamahannan.blogspot.com/
Monday, January 11, 2010
SARATOK- 30 Disember 2009, Satu Majlis Makan Malam PEMADAM Daerah Saratok telah di anjurkan oleh Pejabat Daerah Saratok. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia merangkap Parlimen 205 Saratok.
Ketibaan YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Meteri Dalam Negeri Malaysia
Ucapan alu-aluan Tuan Pegawai Daerah Saratok, En. Daniel Supit
Dalam ucapan perasmiannya YB menyeru semua pihak berkerjasama bagi membanteras gejala tidak sihat yang sering kali menjadi perbualan media. Oleh yang demikian semua pihak harus peka dan tahu apa sebenarnya Najis Dadah itu.
Tuesday, December 1, 2009
Website Pejabat Daerah Saratok
Tuesday, November 3, 2009
Majlis Penutupan Pesta Air Sungai Krian
1 November 2009- Tebingan Sungai Krian Saratok, Satu majlis penutupan rasmi Pesta Air Sungai Krian Telah di sempurnakan oleh Ybhg Datu Romie Sigan Daniel selaku Residen Bahagian Betong merangkap Penasihat Pesta Air Sungai Krian Tahun 2009. Dalam temasya selama 2 hari berkenaan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan terutamanya Regata lumba perahu yang menjadi kemuncak acara Pesta Air Sungai Krian.
Raja Sungai dimenangi oleh Sri Sarawak
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Daniel Supit Pegawai Daerah Saratok , Dalam ucapanya Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan Pesta Kali ke 7 ini.
Ucapan Penutupan oleh YBhg Datu Romie Sigan Daniel, Residen Bahagian Betong, Dalam ucapannya Beliau mengucapkan Tahniah diatas kejayaan penganjuran Pesta pada tahun 2009.
Pelbagai Gambar Kenang-kenangan....
Raja Sungai dimenangi oleh Sri Sarawak
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Daniel Supit Pegawai Daerah Saratok , Dalam ucapanya Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan Pesta Kali ke 7 ini.
Ucapan Penutupan oleh YBhg Datu Romie Sigan Daniel, Residen Bahagian Betong, Dalam ucapannya Beliau mengucapkan Tahniah diatas kejayaan penganjuran Pesta pada tahun 2009.Pelbagai Gambar Kenang-kenangan....
TAHNIAH
Thursday, October 15, 2009
Majlis Penubuhan Dan Pendaftaran Unit Rela Kawasan Kabo Awik Ulu Saratok
SARATOK- 16 Oktober 2009, Satu majlis perlancaran dan pendaftaran Unit RELA telah di adakan di kawasan Kabo dan Ulu Awik, Saratok. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Peter Nyarok Anak Entrie, Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Perladangan & Koperasi) Sarawak (ADUN N.34-Krian). Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Yang Berhormat Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.205 Saratok, Tuan Pemangku Pegawai Daerah Saratok Encik Laga Kueh, Jurutera Daerah JKR Saratok Encik Cassidy Anak Morris serta ketua-ketua jabatan di Daerah Saratok.
Seramai 86 orang anggota RELA telah didaftarkan sempena majlis berkenaan yang terdiri daripada RELAWAN dan RELAWATI dari penduduk di Rumah panjang berhampiran iaitu di Ulu Awik dan Ulu Kabo Saratok. Kekuatan ini akan menjadi dibahagikan kepada 3 Platun di kawasan berkenaan bagi memudahkan pentadbiran.
Dalam ucapan Perasmian Yang Berhormat Datuk Peter Nyarok, menyarankan kepada anggota RELA yang telah didaftarkan agar mengunakan perluang yang ada untuk membantu pihak berkuasa bagi membantras jenayah serta membantu Kerajaan memastikan keamanan dan kemakmuaran negara. Semangat Kerelaan daripada penduduk amatlah penting dalam merealisasikan pembangunan di kawasan Saratok terutamanya dan memastikan rakyat dapat menikmati konsep Satu Malaysia yang telah diwar-warkan selama ini.
Yang berhormat Datuk juga percaya bahawa sokongan yang padu daripada penduduk di kawasan Kabo dan Awik kepada kerajaan selama ini membolehkan kawasan ini membangun dengan lebih pesat.
Semasa memberi amantan Yang Berhormat Tuan Jelaing, mengharapkaan agar penubuhan unit RELA Di kawasan ini akan memberi faedah yang tidak terhingga ke pada masyarakat setempat malah dapat mengekalkan ke amanan dan Kemakmuran Daerah Saratok. Dengan menyertai anggota RELA semua ahli akan mempunyai disiplin yang tinggi serta lebih berse4mangat tinggi.
Pegawai Rela Daerah Saratok, Leftenen Kolenel RELA Yakup Bin Ramli juga menyeru agar sesiapa yang layak dan berumur 18 tahun ke atas bolehlah mendaftar sebagai ahli RELA kerana Pendaftaran Anggota RELA adalah sepanjang masa di Daerah Saratok.
Tuesday, October 13, 2009
Pelancaran Hari Bersama Pelangan IADA Kalaka Saribas Saratok

SARATOK- 12 Oktober 2009, Dewan masyarakat Saratok, Satu majlis Hari bersama Pelangan telah di adakan yang mana telah dilancarkan Oleh Yang Berhormat Encik Abdul Wahab Bin Aziz ADUN N.33 Kalaka yang mewakili YB Datuk Rohani Abdul Karim. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Residen Pembangunan Bahagian Betong, Tuan Haji Patihi, SAO Sophia Gira, serta ketua-ketua jabatan yang lain.
Sunday, September 27, 2009
Selamat Hari Raya 2009
Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung Blog Pejabat Daerah Saratok. Untuk aktiviti semasa Hari Raya, Yang Berhormat Tuan Jelaing, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia dan YB Datuk Peter Nyarok, Menteri Muda Pertanian (Perladangan & Koperasi) Sarawak bersama Pegawai daerah Saratok dan SAO Di Saratok dan Kabong serta Roban telah mgngadakan kunjungan sempena hari raya ketiga kepada ketua-ketua masyarakat di Daerah Saratok. Di antara gambar peristiwa berkenaan adalah :
Subscribe to:
Posts (Atom)



















WAKTU SARATOK
