AKTIVITI TERKINI YANG MELIBATKAN PEJABAT DAERAH SARATOK

..........................................................................................................

Thursday, October 15, 2009

Majlis Penubuhan Dan Pendaftaran Unit Rela Kawasan Kabo Awik Ulu Saratok


SARATOK- 16 Oktober 2009, Satu majlis perlancaran dan pendaftaran Unit RELA telah di adakan di kawasan Kabo dan Ulu Awik, Saratok. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Peter Nyarok Anak Entrie, Menteri Muda Pertanian (Pertubuhan Perladangan & Koperasi) Sarawak (ADUN N.34-Krian). Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Yang Berhormat Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.205 Saratok, Tuan Pemangku Pegawai Daerah Saratok Encik Laga Kueh, Jurutera Daerah JKR Saratok Encik Cassidy Anak Morris serta ketua-ketua jabatan di Daerah Saratok.


Seramai 86 orang anggota RELA telah didaftarkan sempena majlis berkenaan yang terdiri daripada RELAWAN dan RELAWATI dari penduduk di Rumah panjang berhampiran iaitu di Ulu Awik dan Ulu Kabo Saratok. Kekuatan ini akan menjadi dibahagikan kepada 3 Platun di kawasan berkenaan bagi memudahkan pentadbiran.


Dalam ucapan Perasmian Yang Berhormat Datuk Peter Nyarok, menyarankan kepada anggota RELA yang telah didaftarkan agar mengunakan perluang yang ada untuk membantu pihak berkuasa bagi membantras jenayah serta membantu Kerajaan memastikan keamanan dan kemakmuaran negara. Semangat Kerelaan daripada penduduk amatlah penting dalam merealisasikan pembangunan di kawasan Saratok terutamanya dan memastikan rakyat dapat menikmati konsep Satu Malaysia yang telah diwar-warkan selama ini.


Yang berhormat Datuk juga percaya bahawa sokongan yang padu daripada penduduk di kawasan Kabo dan Awik kepada kerajaan selama ini membolehkan kawasan ini membangun dengan lebih pesat.


Semasa memberi amantan Yang Berhormat Tuan Jelaing, mengharapkaan agar penubuhan unit RELA Di kawasan ini akan memberi faedah yang tidak terhingga ke pada masyarakat setempat malah dapat mengekalkan ke amanan dan Kemakmuran Daerah Saratok. Dengan menyertai anggota RELA semua ahli akan mempunyai disiplin yang tinggi serta lebih berse4mangat tinggi.


Pegawai Rela Daerah Saratok, Leftenen Kolenel RELA Yakup Bin Ramli juga menyeru agar sesiapa yang layak dan berumur 18 tahun ke atas bolehlah mendaftar sebagai ahli RELA kerana Pendaftaran Anggota RELA adalah sepanjang masa di Daerah Saratok.

Tuesday, October 13, 2009

Pelancaran Hari Bersama Pelangan IADA Kalaka Saribas Saratok


SARATOK- 12 Oktober 2009, Dewan masyarakat Saratok, Satu majlis Hari bersama Pelangan telah di adakan yang mana telah dilancarkan Oleh Yang Berhormat Encik Abdul Wahab Bin Aziz ADUN N.33 Kalaka yang mewakili YB Datuk Rohani Abdul Karim. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Residen Pembangunan Bahagian Betong, Tuan Haji Patihi, SAO Sophia Gira, serta ketua-ketua jabatan yang lain.